di sebalik 11.11.11

hari ini hari bersejarah bagi mereka-mereka yang secara tidak langsung berkait pada tarikh 11.11.11

::PENYATUAN DUA JIWA::
tarikh yang tepat kepada pasangan mempelai yang memilih tarikh ini dan kebetulan jatuh pada hari jumaat..penghulu segala hari..sangat afdal untuk ijabkabulkan pada tarikh ini..semoga kekal bahagia ke hujung nyawa dan di kurniakan zuriat yang soleh dan solehah..~AMIN~

::SALING MEMERLUKAN::
tahniah bagi pasangan suami isteri yang masih kekal bersatu dalam melayari bahtera rumah tangga..sesungguhnya alam yang satu ini ada pasang surutnya..ada suhunya..masing-masing bergantung kepada pasangan dalam mengharungi badai kehidupan yang penuh liku-liku...

::TANGGA-TANGGA USIA::
orang kata semakin meningkat usia seseorang, maka semakin bertambahlah ilmu di dada seseorang itu...selain ketaqwaannya kepada yang maha Esa...selamat ulang tahun kelahiran bagi mereka-mereka yang menyambutnya pada tarikh yang ramai di nanti2 kan oleh sebahagian ibu-ibu yang bakal melahirkan anak mereka..ada sesetengah ibu-ibu yang memang dijangka akan melalui kaedah pembedahan sanggup memilih tarikh ini semata-mata mahukan anak mereka memiliki tarikh yang sangat unik bagi sesetengah orang..begitulah cerita di sebalik tarikh yang sangat bermakna bagi mereka-meraka yang tahu dan sukakan makna di sebalik nombor-nombor yang sangat unik ini...

fast food maraton

masih belum terlambat utk aku mngucapkan salam aidiladha kepada yg membaca blog ku ini...hehe..

raya haji kali ini aku beraya di Bukit Beruntung dan tengahari bertolak ke Petaling Jaya (Tmn Medan)...rumah my mOm... mcm jauh pulak bunyi 'bertolak' tu..entry kali ini bukan nk story pasal 'hari raya haji' tapi cerita pasal makanan segera...makanan yang x berapa nk sihat...sila lihat pada tajuk utama...

selalunya pagi sabtu mcm biasa sang suami dan budak herO selalunya akan keluar mencari rezeki sarapan pagi untuk di santap oleh ketiga2 beranak ini...dan menu utama adalah nasi lemak dan sedikit kuih-muih..dah nampak dh kt situ makanan kebiasaan yg tidak sihat ye...dah la dkat ofis pun antara menu utama jugak la selain roti canai...lepas dh selesai sarapan, budak herO pun dah mandi selepas mencomotkan diri ketika makan, aktiviti berikutnya adalah kemas rumah n basuh bju...

untuk makan tegahari setelah bekerja keras melakukan tugasan rumah sang suami mencadangkan untuk makan di KFC...maka si isteri ini bersetuju dan kami makan di KFC Batang Kali. Tujuan asal nak ke TESCO Rawang, memandangkan jalan confirm jem disebabkan esoknya nk raya haji, maka kami batalkan saja niat itu...maka dengan lahapnya kami menikmati makanan untuk tengahari itu...


~Allahuakbar Allah...huakbarAllahuakbar........~kedengaran takbir raya aidiladha berkumandang di setiap corong2 masjid di segenap seluruh pelusuk dunia...lembu2 yang di tambat pada pokok di sekitar masjid semakin berderau darah menanti waktu untuk di sembelih sebentar sahaja lagi...aku di rumah sibuk menggosok baju2 untuk di pakai oleh kami 3 beranak...selepas sang suami ke masjid menunaikan solat, aku sibuk menyiapkan budak herO mandi dan mengenakan baju melayu...aku dah siap berbaju kurung moden kosong rona biru firus disulami bunga2 kecil merah jambu manakalah budak herO masih lagi di dalam bilik mandi meneruskan aktiviti mandi dengan caranya tersendiri...karang aku tarik keluar karang menangis pulak budak ni...ish!! umpan makanan je lar..aku bermonolog sendiri..."aidid!! jom..nak ikut mama x?? mama nk pergi kedai bli aiskrim, keropok, cokelat...kemudian beliau sendiri menyambung.."air.." bagus! ada tindakbalas..kataku..maka dengan sendiri beliau keluar dalam keadaan tanpa seurat benang dan tanpa ada rasa segan mahupun silu!...eh! ini novel ke pe plak ni?? ini dh lari tajuk dh ni..

seterusnya..tanpa memanjangkan lagi entry...setelah beraya di rumah my mOm..lepas maghrib kami bertolak pulang ke rumah dan menikmati hidangan makan malam di Giant Kota Damansara..masih lagi cadangan sang suami tetapi kali ini hidangan WENDY'S menjadi santapan kami sekeluarga...WENDY'S ni lebih kurang mc donald jugak lar hidangan dia...sang suami kata dulu kecik2 dia pernah makan makanan ni...jadi bila dia dah jadi bapak budak ni mungkin dia nak bagi anak dia makan jugak makanan yang pernah dia makan masa kecik dulu...

hari isnin keesokannya..seluruh rakyat Malaysia di beri cuti melainkan orang yang bekerja itu adalah dari kalangan rumah2 sakit atau samaada di kalangan orang-orang yang bekerja lebih masa...aku seperti biasa di rumah sibuk berkejar-kejaran dengan budak herO...setelah budak herO tidur setelah penat bekerjaran sesama sendiri antara kami tiga beranak, aku dan sang suami pula ber.....berehat la sambil menonton tv..."erm...yang tengahri ni kita melantak apa?" abg rs lapar la pulak...kata sang suami..."abg nk mkn nsi ke? aku mula bersuara..."tak kisah lar..."padahal aku yang agak kisah buatnya dia suruh aku masak nasi...dah la aku baru nak layan sinetron..."kita makan nasi kat kedai je lar"...tegasku...lega hati aku lepas terlihat anggukan di kepala beliau..
lebih kurang dalam pukul 3 lebih barulah kami keluar rumah selepas budak herO dah mengecas bateri beberapa jam yang lalu...dalam perjalanan sang suami bersuara, "ke kita nak pergi Batang Kali je?" dalam benakku bersuara..ai..tak kan nak makan KFC lagi?? ouh..aku tau...lantas aku bersuara.."ala...abg nak makan MERRY BROWN kn? "eh, pandai la sayang...boleh baca fikiran abg...bagus la..." aku dengan redha dan pasrah kene la mengikut citarasa suami kan...takkan nak jadi bini-bini ku gangster pulak...
ni je gmba yg aku tngkp sndiri..yang lain sume google jer..

setelah tiba di MERRY BROWN, aku memilih hidangan nasi beserta ayam manakala sang suami memilih fish n ship..untuk budak herO kami memilih sejenis bubur ayam...nyum2..ingatkan beliau nak makan la bubur ayam yang lazat itu...rupanya dia bantai nasi aku pulak...terpaksalah aku bertukar makanan dengan beliau...
 
bila perut dah kenyang...hati berbunga-bunga riang...pergi pulak membeli-belah berhadapan MERRY BROWN tadi...lagilah dalam hati ada taman...bukan apa aku membeli belah ni pun bukan barang keperluan peribadi...aku bercadang untuk memasak (dengan tidak semena2 kerajinan itu wujud dengan sendirinya..)sejenis makanan ala-ala kebaratan iaitu spageti carbonara...resepi ini aku perolehi daripada adik iparku sendiri..NUUI YUSOF..thanks for your recipe..tak sia-sia ambil jurusan dalam bidang tersebut...kata beliau "ok..sedap"..aku terasa berada di dalam program realiti Master Chef selepas mendengar komen dari beliau...malam itu kami menikmati hidangan tersebut tanpa was-was dan syak wasangka lagi...yang budak herO makan spagetti tu dah macam cacing kerawit dah aku tengok dia buat main-main...ish...budak ni...
credit to NUUI YUSOF : )


begitulah cerita di sebalik makanan segera tanpa henti sepanjang tiga hari berturut-turut...itu lah sebabnya di katakan maraton..tinggal tak past batton kat jiran sebelah je lagi...sebenarnya kalau nak di ikutkan...beratus-ratus kalori yang perlu di bakar agar setimpal dengan makanan yang di makan dengan pelbagai cara...macam aku, jadikan aktiviti kejar-mengejar anak aku di rumah selain aktiviti berkemas dan bersiar-siar di waktu petang...kalau dapat window shopping lagi la di galakkan ye...sambil mencuci mata, dalam tak sedar dapat membakar kalori dalam tubuh...kalau sja-sja nak bersenam, jangan haraplah kan...:)
itu sahaja untuk kali ini...pesanan dari penaja ::tingkatkan kualiti hidup dengan pemakanan yang sihat dan seimbang::

Whitey Mommy...i follow...

hari ni bukak blog terkejut dan teruja sangat apabila Whitey Mommy follow blog aku...wooii...sapa x kenai si WM tu wooii...antara blogger2 terfemes di abad ini tau dak...WM ni adalah seorang grafik designer..dah bnyak blog org yg beliau design...n also suri rumah sepenuh masa tau...best kan kje cam beliau...bekerja tapi dalam masa yg sama leh bagi sepenuh perhatian pada si kecil...

mcamana aku leh tau blog dia ni er?  begini ceritanya...masa tu aku tengah cuba untuk menjinak2kan diri dlm dunia blogger ni...part nak cari template ni mmg aku suka sekali sbb aku suka nengok design2 yg cantik..mcm theme dalam phone pun aku slalu tukar2 sbb suka tengok benda yang cute2 n comel2...so, adalah bukak satu blog hamba Allah ni..Mia Zara Scarf...mak aii...gila cantik blog minah ni...so bila tgok Design by : Whitey Mommy..aku apa lagi tanpa berfikir panjang, terus jari telunjukku klik pada nama beliau...

bila dah tengok n baca blog beliau yang cute dan penuh dgn ciri2 islamic ni...ouh..i like..terus la admire kat dia...seterusnya...tunggu lagiii...i follow la WM ni...n baru2 ni officemate  aku (Nur) de mintak beliau design kan signage utk wedding dia...so dia pun cerita la kt WM ni pasal aku de follow blog beliau...untuk pengetahuan semua selain beliau sebaya dengan aku, beliau ni sgt2 la humble n friendly tau...beliau pn trus berminat nak tau name of my blog...ouh..bangga kejap mak rasa...

insyaAllah aku akan jumpa beliau di majlis perkahwinan my Lovely sister (Nur) pada november nti...ish..nervous plak rs aihh..so sesapa rasa nak design blog kasi gempak sila la buat tempahan pada beliau...Whitey Mommy.blogspot.com. (aceh..promote nampak!!)

p/s : x de gmbo nk attch psal entry nie...nk amik gmbo blog WM x brani lar..hehe..

..coretan buatmu..

salam n hai...

agak lama jgak aku mninggalkan blog ni...sbuk sket kt ofis..bkn apa klau dh strt menaip n idea datang mencurang2 eh apa daa..mencurah2 lar...payah la nk stop...kang kjap2 bos pnggil mintak itu dan ini, dh kne benti kjap then nk sambung blik kang kne pkir blik idea apakah yang dtg dlm kpala otak aku sbntar td? tak gituu??
haa...entry kali ni psal budak herO yang smakin hri smakin bnyak akal n byak fiil dia...erm...nk strt citer
dri mna erk? k kita strt citer from new born la supaya pembaca sekalian bleh memahami karekter beliau nih...

beliau di lahirkan pada 24 jan 2010 (Ahad) pda jam....(sory x sure tpi wktu ptg)...budak herO ni sbenarnya x sbar nk kluar dari perut aku tau sbb sptutnya beliau djangkakan kluar pd 25 jan...akan tetapi akibat tidak sbar nk mlihat dan meneroka alam ciptaan Tuhan ini beliau dgn perasaan berkobar2 dan tahap ksabaran x brapa nk tinggi telah bertindak menerobos ke pintu rahim aku..dia x tahu plak yang aku ni kcut perut nk kene gunting n jahit bagai...and this is the first pic yg sang suami snap ms duk kt dlm wad di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM)..


gambar ni ktika bliau disahkan jaundis...perkara biasa bg baby yg bru lahir...hasrat di hati bolehlah balik rumah terus, akan tetapi kena la berkampung dkat spital ni barang sehari dua...ok sekarang aku akan ceritakan pengalaman ku seterusnya...tapi cara penyampaian aku adalah dari hati aku ke hati insan yang paling aku kasihi...MUHAMAD AIDID HARITH MOHD ADY HAMKA


hari pertama dlm wad:
dengan keadaan mama yg msih lemah, mama diarahkan oleh jururawat untuk menguruskan semua perkara termasuk la memandikan kamu...dari situ baru mama tau yang ank mama ni penakut air rupanya...bila mama lapkan bdan kamu mulalah kamu meraung sekuat hati...mgkin sjuk  barangkali...bukan barangkali, mmg sjuk pun...tapi bila mama dukung kamu, kamu diam...ank mama ni sayang mama ye...suka panas badan mama ni ye? spnjng dlm wad kamu kerap mnangis...mama  buntu sayang..mama terlalu tertekan..sebab susu badan mama masih x keluar2 lg ..ksian sangat kt anak mama ni...


..mama akan simpan benda ni sbgai kenangan..
hari kedua dlm wad:
memandangkan mama ada kncing mnis ktika kamu dlm kandungan, jadi risiko akan tinggal lebih lama dlm wad amat lah tinggi...setiap hari sebanyak 3 kali sampel darah mama akan diambil untuk melihat kandungan gula dlm darah...dan yang mama paling tak sanggup...bila ank mama pun terbabit sama...doktor akan ambil sampel darah di tapak kaki kamu...bila doktor tolak katil kamu..dlm masa beberapa saat maka kedengaran lah suara raungan yang amat mama kenali...alahai...kesiannya ank mama...SUSU oh SUSU...kenapa x keluar2 lagi ni...

..nampak tak huruf AK pd tag 2? ini tag yg kamu pakai pd pergelangan kaki kamu ketika dlm wad..

hari ketiga dlm wad:
masuk hari ketiga barulah susu badan mama mula keluar...alhamdulillah...keluar juga sumber makanan utama untuk kamu...tapi anak mama ni x pandai nk hisap...lar..susu dh banyak x pndai hisap pulak...kalau x sbelum ni......bila mama dukung kamu mulut kamu tercari2 bnda yg boleh kamu makan..bila mama angkat ke kamu rapat ke telinga mama...mama dengar bunyi perut kamu...kesiannya anak mama lapar...tapi apa boleh mama buat...susu mama tak keluar lg sayang...bila mama tgok ibu2 yang lain menyusukan anak mereka mama berkata : boleh tak bagi sikit susu 2 kat anak saya? kesian..anak sy lapar...tapi, kata2 tu hanya mampu terbit di dalam hati mama...x mungkin  berlaku sayang...
akhirnya, mama perah susu badan mama dan msukkan ke dalam bekas lalu mama sudukan ke mulut kamu...

hari keempat dlm wad:
babah seperti biasa dtg melawat dan harapan babah amatlah besar agar kita dpt pulang ke rumah...tapi sayang mama ni kene minum susu bnyk2 tau...bla anak mama ni minum susu bnyk2 barulah "kuning" 2 keluar melalui najis...mama dah x sbar nk kluar dari wad ni..mama dah x sabar nk bawak anak mama ni balik rumah..x sabar nak tunjuk dekat kawan2, jiran2 dan saudara mara mama yang mama dah ada permata hati yang bakal mama dan babah corakkan...sesungguhnya Allah dah berikan mama amanah yang perlu mama dan babah jaga...

hari kelima dlm wad:
Alhamdulillah...akhirnya doktor benarkan kita pulang juga...mama nampak muka babah happy sangat...siap nk trus pergi kaunter untuk buat bayaran...seronok sangat masa tu sayang...hilang semua sakit mama...dalam hati mama berkata sumpah mama dah serik masuk hospital...

ini adalah gmbar pertama setelah kita pulang ke rumah...babah letak nama AIDID sebab dkat2 dengan nama babah...dan mama suka nama HARITH sebab maksud HARITH adalah kekuatan...mama berharap supaya anak mama nanti akan kuat menempuh segala dugaan dan cabaran yang mendatang dan suatu hari nanti akan menjadi kekuatan bagi mama...jadi setelah digabungkan, wujudlah MUHAMAD AIDID HARITH...


masuk umur aidid 3 bulan mama, babah, nenek dan uci sepakat mengadakan majlis cukur jambul dan kesyukuran...sepanjang rambut aidid di potong, aidid tidur x sedarkan diri...mungkin aidid suka dengar kumpulan marhaban mendengdangkan lagu2 selawat...
aidid tau tak masa mama dalam pantang, pernah susu badan mama dah kering..aidid menangis-nangis nak susu, masa tu dalam pukul 3 pagi babah keluar pergi cari susu untuk aidid...aidid tau tak aidid kuat sangat berjaga malam..kadang2 sampai babah nk pergi kerja baru aidid tidur..kesian babah terpaksa berjaga malam sebab nak temankan mama untuk jaga aidid...esok awal2 pagi dah nak pergi kerja..babah kata kat mama, bila tengahari waktu rehat babah akan tidur kalau dia dah mengantuk sangat...jadi...sayang kena selalu ingat tau setiap pengorbanan yang telah babah lakukan...

lepas dah habis kenduri, selang 2, 3 hari lepas tu terus mama cukur rambut aidid..mama sendiri yang cukur rambut aidid..orang kata kalau kita cukurkan rambut anak kita sendiri dia akan dengar cakap kita...entahlah..mama pun x pasti...mungkin ada betulnya..sbb sekarang aidid banyak dengar cakap mama berbanding babah..

pejam-celik2 usia aidid dah menjangkau 6 bulan...aidid baru nk belajar duduk masa ni...walaupun masih x betul tapi mama tetap nak dudukkan jugak...sbb mama nk ambil gambar aidid dengan gitar maksu tu..

buat pertama kalinya mama dan babah beraya dengan kehadiranmu...seronok sangat sebab masa tu aidid dah pandai merangkak...comel sangat ank mama bila lengkap berbaju melayu...di kala ini usiamu telah pun menjangkau 8 bulan...

..mama suka tengok dahi aidid ditampal "cool fever" ni sbb nmpk bulat..

tanggal 10.10.10 untuk pertama kalinya aidid di serang demam selama beberapa hari...mama dan babah agak gelabah sikit sebab ini adalah yang pertama kali buat kami..orang kata lagi, budak klau demam nak tumbuh gigi atau nak pandai sesuatu...
mama tidak ingat bila aidid dah mula bercakap tetapi perkataan pertama yang aidid sebut adalah "babah" dan kedua adalah "mama"...terlalu indah pendengaran kami apabila aidid berulang kali menyebut perkataan itu...

  aidid ketika makan
anak mama ni memang kuat makan dan suka makan..apa sahaja orang suap semua aidid makan...kadang2 walaupun aidid dah makan, tapi bila mama dan babah makan aidid nak jugak makan...tapi mama suka bila aidid makan terutama makanan yang mama masak...

happy birthday my herO
aidid menangis masa ni sbb nk jugak makan kek yg ada dkat pisau tu...
dah besar dah hero mama ni..rsa baru semalam mama lahirkan aidid...sakitnya masih terasa...rupanya dah setahun aidid menceriakan hari2 kami...mama doakan semoga aidid menjadi anak yang soleh ye sayang...menjadi kebanggaan mama dan babah suatu hari nanti...we lOve yOu...


...sleeping beauty...zzzZZZ...
tabiat aidid adalah suka tidur menonggeng terutama sekali di waktu pagi...gambar2 diatas adalah pada hari yang berbeza...cute kan?? tapi mama lagi suka klau aidid tidur atas dada mama...lena sangat..tau tak kenapa? sebab..degupan jantung mama ibarat irama yang membuai tidur mu sayang...

aidid suka main air

aidid memang suka sangat mandi dan main air..mungkin sebab tu aidid berbintang aquarius...sama la macam mama...bila dah masuk bilik mandi memang susah la nak keluar...mandi nya tak la seberapa tapi main air yang lebih...kadang-kadang mama terpaksa tunjuk sesuatu berbentuk makanan macam coklat dan keropok baru aidid nak keluar bilik mandi...aidid..aidid..
 
...catatan ini adalah untukmu sayang...
aidid anak mama...ini adalah sebahagian kisah perjalanan hidupmu yang mampu mama coretkan...sesungguhnya perjalanan hidupmu masih jauh lagi...masih panjang dan masih perlu mama dan babah corakkan...dirimu umpama sebatang buluh yang perlu kami bentuk supaya mudah di lentur...setiap hari kami berdoa yang terbaik untukmu...semoga Allah s.w.t memelihara dirimu, juga diberikan kesihatan yang baik buatmu...semoga catatan ini akan memberi pengajaran dan mengajarmu erti kehidupan..harapan mama jadilah sebutir permata berharga buat mama dan babah ye sayang...
Amin...

seLagi raya tak cukup sebulaN...

hari ni hari rabu 28 sep 2011 bersamaan 30 syawal..bermakna hari ni adalah hri terakhir kta beraya..so bg sesaper yg berniat nk wat open house lg adalah disarankan utk wat tahun depan la plak aiih...org dh abis rya dh pun...tpi kuih raya still de lg..so sila perabihkan sblum ianya expired...
ni pic my department
wat air pn smpi 3 org..


cam kt opis aku smlm de 2 department de wat jmuan raya...kira last la smlm...last jgak la nk mlaram sakan bju rya yg berpasang2 tuh...bab2 juadah x yah citer la, macam2 adaa...lemang kompom la ada, aneka mee, laksa, sate, x ktinggalan desert pun mcm2 kaler...kiranya dlm perut kita dh jdi warna2 plangi la klau mkn desert tu...2 blm cmpur dgn air yg mcm2 kaler lg...nk plak 1 hri tu 2,3 department yg jemput x ke boyot perut kita 1 hri 2...kang x mkn kecik plak ati si tuan rumah...

bla perut dh knyg, apa lgi jom posing sakan!!

kumbang yg telah dihinggapi 5 kuntum bunga...jgn mara er ade...
dh mcm model bju rya utk penghabisan stok pn de gak aku nengok
x ktinggalan juga ceritera qaseh budak hero ni...apa plak story dia psal raya ni kan? budak hero thun ni rya di rumah tok nyang bliau di kpala btas, penang...first time aku bwk bliau blik sna sejak beliau di lahirkan kedunia yg fana ini...respon budak hero memula smpi dh pn aku jngkakan (mmg dia ajak blik) gilo pe jln jauh berbatu2 alih2 dh smpi nk ajk blik...mampuih aku!!
pujuk pnya pujuk bla dh lama2 sronok plak dh...lega ati aku...klau x kes naya plak nk kne blik KL tgh2 mlm buta 2...
wit my tok trsayang...
budak hero tgh cuba2 nk main mercun d mlm rya

alhmdulillah spnjng brada kt sana budak hero ni x bnyk mragam sgt...sng sket la aku nk tolong dorng wt kje...
bekerja di pg raya...nk sbuk jgk tolong...
sbeno eh rya thun ni kira merangkap bercuti la..dh alang2 berada di pulau mutiara itu lalu ku panjangkn lagi lagkah ku merayau di sberang lautan sana...budak hero happy sgt bla dpt naik feri...smpai x nk blik...ah sudah...dia wat hal plak dh...mngamuk sakan bla aku dukung dia msuk kete...n aku dh cuak bla dia kta nk mndi dlm laut 2 time ats feri...dia buat lagiiii....
sronok sgt naik feri smpi x nk lpas pgng bsi tuh..
keinginan utk mkn nsi kandar dgn char kuew teow tlah membuak2 bla dh de kt sna...utk sesi mkn tghari kami mnikmati hidngan Pelita Nasi Kandar...2 pn jnuh gak pusing2 cari x jmpa2...klau ikutkan nk mkn nsi kndar Kassim Mustafa dh x jmpa, pelita pn pelita la jnji nsi kandar...
untuk mkn mlm plak...jeng jeng jeng...sila lihat gmbr di bwah:-  
                                    *
                                    *
Daan Char Kuew Teow...terbaekk!!!      
                                                              

: :siapa dia sebelum daku: :

saat2 menanggung rs gemuruh
spe yg nerves aku ke si pengapit?

aku adalah si isteri kepada sang suami bernama mohd ady hamka yusof. berkahwin pd 21 nov 2008..ouh..dh lma rupanya aku bertukar status ni...stay kt bukit beruntung..kje kt Jln Pahang, KL..jauh wooo aku ulang alik g kje ari2..nsib agak menyebelahi aku apabila di takdirkan bekerja 1 tempat dgn sang suami ...kira cinta lokasi  pejabat lahh...

..gigi bru 4 btg time ni..

dh jdi mama kepada budak hero bernama muhamad aidid harith pada 24 jan 2010...pengalaman bersalin 2 aku dh rs dah lar...fuhhh...x dapat la aku gambarkan...kini budak hero dh menginjak usia 1 tahun 7 bulan...

gmbr trbru bliau dgn cekak tnduk setan di tgn
igt snang ke nk jga budak hero sorng ni...dgn prangai yg aku dgn sang suami je yg tau..nk ckp mcamana ek? kira smpai thap kurus la aku dgn sang suami sepanjang mnjadi penjga kpd beliau nih..thats y la aku pnggil budak hero..hero sgala2nya...klau nk cter pasal dia mmg x kn hbis lar...hehe...nti de yg mnarik lg aku akn post lg psal budak hero ni...

thanks to my friend

trimas beb! ko ajor aku bab blog memblog nih! aku dh lma tringin nk menceburi bidang ni tp x brape nk reti sgt..2 yg aku paksa ko ajar gak tuh walaupun dlm hti ko mintak upah kt aku...kui..kui..
...x pe la nti aku blanja ko air cool blog kira berbaloi la jgak kn...