di sebalik 11.11.11

hari ini hari bersejarah bagi mereka-mereka yang secara tidak langsung berkait pada tarikh 11.11.11

::PENYATUAN DUA JIWA::
tarikh yang tepat kepada pasangan mempelai yang memilih tarikh ini dan kebetulan jatuh pada hari jumaat..penghulu segala hari..sangat afdal untuk ijabkabulkan pada tarikh ini..semoga kekal bahagia ke hujung nyawa dan di kurniakan zuriat yang soleh dan solehah..~AMIN~

::SALING MEMERLUKAN::
tahniah bagi pasangan suami isteri yang masih kekal bersatu dalam melayari bahtera rumah tangga..sesungguhnya alam yang satu ini ada pasang surutnya..ada suhunya..masing-masing bergantung kepada pasangan dalam mengharungi badai kehidupan yang penuh liku-liku...

::TANGGA-TANGGA USIA::
orang kata semakin meningkat usia seseorang, maka semakin bertambahlah ilmu di dada seseorang itu...selain ketaqwaannya kepada yang maha Esa...selamat ulang tahun kelahiran bagi mereka-mereka yang menyambutnya pada tarikh yang ramai di nanti2 kan oleh sebahagian ibu-ibu yang bakal melahirkan anak mereka..ada sesetengah ibu-ibu yang memang dijangka akan melalui kaedah pembedahan sanggup memilih tarikh ini semata-mata mahukan anak mereka memiliki tarikh yang sangat unik bagi sesetengah orang..begitulah cerita di sebalik tarikh yang sangat bermakna bagi mereka-meraka yang tahu dan sukakan makna di sebalik nombor-nombor yang sangat unik ini...

No comments:

Post a Comment