di sebalik 11.11.11

hari ini hari bersejarah bagi mereka-mereka yang secara tidak langsung berkait pada tarikh 11.11.11

::PENYATUAN DUA JIWA::
tarikh yang tepat kepada pasangan mempelai yang memilih tarikh ini dan kebetulan jatuh pada hari jumaat..penghulu segala hari..sangat afdal untuk ijabkabulkan pada tarikh ini..semoga kekal bahagia ke hujung nyawa dan di kurniakan zuriat yang soleh dan solehah..~AMIN~

::SALING MEMERLUKAN::
tahniah bagi pasangan suami isteri yang masih kekal bersatu dalam melayari bahtera rumah tangga..sesungguhnya alam yang satu ini ada pasang surutnya..ada suhunya..masing-masing bergantung kepada pasangan dalam mengharungi badai kehidupan yang penuh liku-liku...

::TANGGA-TANGGA USIA::
orang kata semakin meningkat usia seseorang, maka semakin bertambahlah ilmu di dada seseorang itu...selain ketaqwaannya kepada yang maha Esa...selamat ulang tahun kelahiran bagi mereka-mereka yang menyambutnya pada tarikh yang ramai di nanti2 kan oleh sebahagian ibu-ibu yang bakal melahirkan anak mereka..ada sesetengah ibu-ibu yang memang dijangka akan melalui kaedah pembedahan sanggup memilih tarikh ini semata-mata mahukan anak mereka memiliki tarikh yang sangat unik bagi sesetengah orang..begitulah cerita di sebalik tarikh yang sangat bermakna bagi mereka-meraka yang tahu dan sukakan makna di sebalik nombor-nombor yang sangat unik ini...

fast food maraton

masih belum terlambat utk aku mngucapkan salam aidiladha kepada yg membaca blog ku ini...hehe..

raya haji kali ini aku beraya di Bukit Beruntung dan tengahari bertolak ke Petaling Jaya (Tmn Medan)...rumah my mOm... mcm jauh pulak bunyi 'bertolak' tu..entry kali ini bukan nk story pasal 'hari raya haji' tapi cerita pasal makanan segera...makanan yang x berapa nk sihat...sila lihat pada tajuk utama...

selalunya pagi sabtu mcm biasa sang suami dan budak herO selalunya akan keluar mencari rezeki sarapan pagi untuk di santap oleh ketiga2 beranak ini...dan menu utama adalah nasi lemak dan sedikit kuih-muih..dah nampak dh kt situ makanan kebiasaan yg tidak sihat ye...dah la dkat ofis pun antara menu utama jugak la selain roti canai...lepas dh selesai sarapan, budak herO pun dah mandi selepas mencomotkan diri ketika makan, aktiviti berikutnya adalah kemas rumah n basuh bju...

untuk makan tegahari setelah bekerja keras melakukan tugasan rumah sang suami mencadangkan untuk makan di KFC...maka si isteri ini bersetuju dan kami makan di KFC Batang Kali. Tujuan asal nak ke TESCO Rawang, memandangkan jalan confirm jem disebabkan esoknya nk raya haji, maka kami batalkan saja niat itu...maka dengan lahapnya kami menikmati makanan untuk tengahari itu...


~Allahuakbar Allah...huakbarAllahuakbar........~kedengaran takbir raya aidiladha berkumandang di setiap corong2 masjid di segenap seluruh pelusuk dunia...lembu2 yang di tambat pada pokok di sekitar masjid semakin berderau darah menanti waktu untuk di sembelih sebentar sahaja lagi...aku di rumah sibuk menggosok baju2 untuk di pakai oleh kami 3 beranak...selepas sang suami ke masjid menunaikan solat, aku sibuk menyiapkan budak herO mandi dan mengenakan baju melayu...aku dah siap berbaju kurung moden kosong rona biru firus disulami bunga2 kecil merah jambu manakalah budak herO masih lagi di dalam bilik mandi meneruskan aktiviti mandi dengan caranya tersendiri...karang aku tarik keluar karang menangis pulak budak ni...ish!! umpan makanan je lar..aku bermonolog sendiri..."aidid!! jom..nak ikut mama x?? mama nk pergi kedai bli aiskrim, keropok, cokelat...kemudian beliau sendiri menyambung.."air.." bagus! ada tindakbalas..kataku..maka dengan sendiri beliau keluar dalam keadaan tanpa seurat benang dan tanpa ada rasa segan mahupun silu!...eh! ini novel ke pe plak ni?? ini dh lari tajuk dh ni..

seterusnya..tanpa memanjangkan lagi entry...setelah beraya di rumah my mOm..lepas maghrib kami bertolak pulang ke rumah dan menikmati hidangan makan malam di Giant Kota Damansara..masih lagi cadangan sang suami tetapi kali ini hidangan WENDY'S menjadi santapan kami sekeluarga...WENDY'S ni lebih kurang mc donald jugak lar hidangan dia...sang suami kata dulu kecik2 dia pernah makan makanan ni...jadi bila dia dah jadi bapak budak ni mungkin dia nak bagi anak dia makan jugak makanan yang pernah dia makan masa kecik dulu...

hari isnin keesokannya..seluruh rakyat Malaysia di beri cuti melainkan orang yang bekerja itu adalah dari kalangan rumah2 sakit atau samaada di kalangan orang-orang yang bekerja lebih masa...aku seperti biasa di rumah sibuk berkejar-kejaran dengan budak herO...setelah budak herO tidur setelah penat bekerjaran sesama sendiri antara kami tiga beranak, aku dan sang suami pula ber.....berehat la sambil menonton tv..."erm...yang tengahri ni kita melantak apa?" abg rs lapar la pulak...kata sang suami..."abg nk mkn nsi ke? aku mula bersuara..."tak kisah lar..."padahal aku yang agak kisah buatnya dia suruh aku masak nasi...dah la aku baru nak layan sinetron..."kita makan nasi kat kedai je lar"...tegasku...lega hati aku lepas terlihat anggukan di kepala beliau..
lebih kurang dalam pukul 3 lebih barulah kami keluar rumah selepas budak herO dah mengecas bateri beberapa jam yang lalu...dalam perjalanan sang suami bersuara, "ke kita nak pergi Batang Kali je?" dalam benakku bersuara..ai..tak kan nak makan KFC lagi?? ouh..aku tau...lantas aku bersuara.."ala...abg nak makan MERRY BROWN kn? "eh, pandai la sayang...boleh baca fikiran abg...bagus la..." aku dengan redha dan pasrah kene la mengikut citarasa suami kan...takkan nak jadi bini-bini ku gangster pulak...
ni je gmba yg aku tngkp sndiri..yang lain sume google jer..

setelah tiba di MERRY BROWN, aku memilih hidangan nasi beserta ayam manakala sang suami memilih fish n ship..untuk budak herO kami memilih sejenis bubur ayam...nyum2..ingatkan beliau nak makan la bubur ayam yang lazat itu...rupanya dia bantai nasi aku pulak...terpaksalah aku bertukar makanan dengan beliau...
 
bila perut dah kenyang...hati berbunga-bunga riang...pergi pulak membeli-belah berhadapan MERRY BROWN tadi...lagilah dalam hati ada taman...bukan apa aku membeli belah ni pun bukan barang keperluan peribadi...aku bercadang untuk memasak (dengan tidak semena2 kerajinan itu wujud dengan sendirinya..)sejenis makanan ala-ala kebaratan iaitu spageti carbonara...resepi ini aku perolehi daripada adik iparku sendiri..NUUI YUSOF..thanks for your recipe..tak sia-sia ambil jurusan dalam bidang tersebut...kata beliau "ok..sedap"..aku terasa berada di dalam program realiti Master Chef selepas mendengar komen dari beliau...malam itu kami menikmati hidangan tersebut tanpa was-was dan syak wasangka lagi...yang budak herO makan spagetti tu dah macam cacing kerawit dah aku tengok dia buat main-main...ish...budak ni...
credit to NUUI YUSOF : )


begitulah cerita di sebalik makanan segera tanpa henti sepanjang tiga hari berturut-turut...itu lah sebabnya di katakan maraton..tinggal tak past batton kat jiran sebelah je lagi...sebenarnya kalau nak di ikutkan...beratus-ratus kalori yang perlu di bakar agar setimpal dengan makanan yang di makan dengan pelbagai cara...macam aku, jadikan aktiviti kejar-mengejar anak aku di rumah selain aktiviti berkemas dan bersiar-siar di waktu petang...kalau dapat window shopping lagi la di galakkan ye...sambil mencuci mata, dalam tak sedar dapat membakar kalori dalam tubuh...kalau sja-sja nak bersenam, jangan haraplah kan...:)
itu sahaja untuk kali ini...pesanan dari penaja ::tingkatkan kualiti hidup dengan pemakanan yang sihat dan seimbang::